Tujuan aku yang sebenarnya masa buka page ni adalah untuk untuk menulis tentang sesuatu yang lain daripada apa yang aku sedang tulis ni. Tapi tiba tiba terpandang update tumblr seorang kawan dan terus nenginjak kepada kawan kawan yang lain.
Sebenarnya, ada sesuatu yang aku mahu tanya :
"Kau ok?"
Apa kaitan perenggan pertama dan kedua? Ia adalah kesinambungan drp hasil semasa aku sedang cuba mengkhatam tulisan seseorang.
Kadang kadang, kita sengaja membiarkan seseorang itu bebas lepas tanpa sebarang pertanyaan saban hari. Risau kalau kalau nanti dia bosan di tanyakan itu ini - seolah tiada privasi. Jadinya kita berdiam diri. Tapi rupa rupanya, terlalu jauh dia berlari sampai kau terjarak langsung ke tepi. Kau sebenarnya rindu pada masa yang mana ada saja borak rintih hati sepi sedih mahupun gembira keliru suka ketawa dia. Bila semakin lama, itu semua jadi makin makin jauh.
Yang ada hanyalah doa. Semoga segalanya masih kekal utuh.

No comments:
Post a Comment