Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Friday, August 23, 2013

Tersedar pada minit yang sangat hampir dengan minit kelahiran adalah sesuatu yang sangat bermakna.
Bangkit dan terus bersyukur. Ku sujud padaMu ya Allah, atas segala limpah rahman dan rahim yang telah di berikan. Terlalu banyak hambaMu ini mengadu dan meminta simpatiMu, namun kasih sayangMu terlalu besar untuk kami. Alhamdulillah.

Sedang umur semakin menghampiri saat kematian, terlalu banyak perkara yang masih belum aku tunaikan. Sesuatu yang masih sedang aku pelajari dan kejari. Ya Tuhanku, aku mohon agar di beri peluang untuk menunaikan segala yang terpendam. Amin.

Bake your own cake on your birthday? yeah..that's me. :) (salahkan my boss, sbb comotkan my name. tsk!)



No comments:

Related Posts with Thumbnails