Siapa kata dah besar x boleh main bunga api? Seronok!
Tahun ke dua kami bermain bunga api bersama kawan kawan sahabat yang mula di kenali bermula di alam maya sejak lebih setahun lalu. Sekejap rasanya masa berlalu.
Kawan kawan - ada yg berlalu pergi selari dengan masa yg sentiasa berjalan. Masing masing punya kisah tersendiri. Semoga yang masih bersama akan kekal dan erat persahabatan yg terjalin. Semoga yg tersimpul dapat di leraikan; yg luka dapat di sembuhkan dgn kasih sayang dan gelak ketawa yg berbunga wangi.
Ramadon, moga kita dapat bertemu lagi di tahun hadapan. Moga jangan ada yang berkurang bilangannya di tahun mendatang.
Kepada kalian yg semakin menjauh, maaf zahir dan batin di pohon. Kemaafan di beri seikhlas hati. Semoga segala yg terbaik untuk kalian.
Kepada yg masih bersama, jika ada salah silap x puas hati, sila bagitau terus. Janganlah simpan pendam jd masam hingga masak meletup di kemudian hari. Ehek! Kita manusia biasa, benda boleh di bawa berbincang (gaya tangan- yg tahu saja yg tahu.kikiki), ye dok? Semoga di lindungi Tuhan sentiasa. Amin.
--Dengan ucapan, tahun depan kita main bunga api bersama sama lagi. Lepas main bunga api, kita sama sama merenung bulan dan bintang dan bercerita tentang masa hadapan lagi, ok? *senyum sengih hingga ke telinga*
SELAMAT HARI RAYA!

No comments:
Post a Comment