Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Wednesday, July 10, 2013

Alhamdulillah. Ramadhan tiba lagi.

Pertama :
Untuk kali ini, ada doa yg aku pernah doakan beberapa tahun lalu, kini aku utarakan sekali lagi, tapi dgn nama yg berbeza. Aku masih mengharapkan Dia mengabulkan permintaan aku lagi dan lagi. Sepertimana aku bersaksi dgn penuh keyakinan dan kepercayaan, suatu masa dahulu dan masih hingga kini percaya yg Dia takkan menghampakan permintaan hambanya yg hina ini.

Kedua :
Benar, aku masih ingat dan bersyukur dgn segala yg pernah Engkau makbulkan dahulu. Moga moga pintaku kali ini termakbul jua hendaknya. Amin..

Ketiga :
Ramadhan - bulan yg banyak kenangan dan kesyukuran utk manusia ini - aku. Jika di tanya, doa yg mana yg paling aku rasakan paling cepat yg Dia pernah beri kpd aku, aku akan jawab -- permintaan aku pada bln Ramadhan, banyak kali di makbulkanNya. ^_^ mashaAllah. Alhamdulillah.

Jadi, apalagi yg aku mahu? Mahu bukti apalagi untuk hati ini jatuh cinta sayang sama Dia?

*senyum*

Aku ingin ke Firdaus-Mu. Permudahkanlah, Ya Rahman.

No comments:

Related Posts with Thumbnails