Kau lihat saja,
Ingin kau pergi dan bertanya,
Tapi tidak, kau diam dan perhati.
Dari kejauhan,
Kau tertanya-tanya kenapa.
Kau bukan jenisnya pergi dan memeluk mesra,
Bertanya kenapa, apa dan bagaimana,
Kerana kau sendiri tak selesa begitu,
Melainkan dengan mereka yang tahu kamu.
Jadinya,
Kau diam dan lihat sahaja,
Di hati, andai dia mahu,
Silakan sahaja,
Telinga ini masih ada,
Bahu ini masih mampu,
Andai dia mencarimu.
Semoga dia ketemu,
Orang yang di mahu untuk berkongsi segala sebu.
Semoga kurang beratnya,
Untuk dia syukurkan segala.

No comments:
Post a Comment