Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Monday, April 8, 2013


  1. Jumaat malam sabtu - aku melayan drama Jepun yang aku kira terlalu sedih yg pernah aku tonton seumur hidup aku. Menangis dan menangis sampai letih dan sambung lagi. Bukan setakat mata sembab, muka pun ikut serta. haha Ya, kisah benar tentang seorang remaja yang menghidap sejenis penyakit yang tiada ubatnya. Yang pasti, sekarang, aku mahu membaca buku tulisan beliau - One Liter Of Tears by Aya Kito.
  2. Mereka bercakap tentang pendakian. Mahu tetapi tak mungkin boleh melakukannya lagi. Sedih. Jadinya, aku hanya mampu melihat mereka berbincang tentangnya. Diam diam diam. Tutup mulut saja aku ini. Cukuplah yang pernah aku ada dahulu. *senyum*
  3. 2 hari berturut-turut aku menziarahi kawan-kawan yang baru melahirkan anak. Rata-rata mereka menyimpulkan kisah yang sama = melahirkan seorang manusia itu adalah sakit. gulp! *senyum*
  4. Seorang sahabat kepada sahabat telah kehilangan suami tercinta di masa yang sangat muda. Tanpa ada tanda tanda mahupun sakit berat segala. Arwah hanya demam selama 2minggu (yg di lihat hanyalah demam biasa biasa - masih boleh bekerja), dan pada hari arwah meninggal, arwah di serang semput secara tiba tiba. Bila di periksa, rupanya doktor katakan ada jangkitan paru paru dan sudah merebak ke jantung, yg menyebabkan jantung susah untuk mengepam oksigen. Allahuakbar, maka benarlah kata kata Allah itu. Jodoh, ajal dan maut itu ketentuan Dia sejak azali. sesaat pun kita xkan boleh menidakkannya. Kita ini, entahkan bila pula masanya. :(


No comments:

Related Posts with Thumbnails