Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Wednesday, March 13, 2013

Mereka

Mendengar lagu lagu di dalam folder lama banyak mengingatkan aku kpd kisah lampau. The good old days yang aku rindu.

Aku rindu kawan kawan seforum, yang banyak mengajar aku erti hidup. Yang banyak membawa kepada aku yang kini - di kelilingi dengan kawan kawan lama dan baru. Sedar tak sedar, hampir 4tahun sudah berlalu sejak pertama kali aku menjadi ahli di dunia maya ini. Dunia yang punyai banyak warna.

Aku rindu kalian - Ben, Zul, Pablo, Abang Wirajiwa, Anis,  Aina, Abang Eddie, Rufus, Icice.

Ya, nama nama setiap kalian amat bermakna dalam diri seorang chirpy chummy. Ada yang pernah aku temu empat mata, ada yang belum sempat aku jumpa. Ada yang masih bertanya kabar, ada yang diam tanpa berita.

Aku tutup cerita duka. Aku nampak kisah suka. Aku suka kita kita.. Kita - di waktu itu - penuh gelak ketawa - lucu. Penuh dengan tahyul. *senyum*

Tahu lagu apa yang buat aku rindu kalian? ini. tak tahu kenapa. dan aku tahu, ada yang tak suka malah membenci lagu ini. maaf.

Untuk kalian, terima kasih. Semoga kalian masih ada dan elok adanya. Kalau jumpa aku jangan lupa menegur. ^_^


4 comments:

wirajiwa said...

saya rindu kalian juga....

~* chirpy_chummy *~ said...

^__^ kan? buat reUnion bang! :p

beta penjaga taman said...

sangat rindukan kalian juga.. T.T

~* chirpy_chummy *~ said...

*hugs* rindu ko gak Sya. lama btol x jumpa. tsk!

Related Posts with Thumbnails