Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Thursday, February 28, 2013


Mendaki melintas bukit
Berjalan letih menahan berat beban
Bertahan di dalam dingin
Berselimut kabut Ranu Kumbolo...
-Mahameru by Dewa 19-

Pagi pagi lagi terlihat di status seorang kawan, yg aku kenali dalam pengembaraan aku sebagai pencinta alam suatu masa dahulu tentang lirik lagu ini. Terus, aku search di utube.

Rindu.

Rindu mahu mencium alam sekali lagi. Memeluk cahaya mentari naik di pagi hari, di atas puncak gunung.
Aku kira nikmat yg di beri Allah telah di tarik sedikit, mungkin. Syukur kerana pernah dan telah melalui detik detik indah menikmati ciptaanNya.

Begitulah manusia, bukan sentiasa sihat sejahtera.

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
-Demi Masa by Raihan-

Membuat aku senyum bila teringatkan lirik lagu itu. Ya, Syukur, Alhamdulillah. Sekarang, aku masih boleh mencium bau alam, cumanya dengan cara berbeza. Ah, bila dah kehilangan baru faham erti sayang dan rindu.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." 
- Al-'Asr 103:1-3


No comments:

Related Posts with Thumbnails