Hati ini adalah hak Dia.
Hari ini mungkin ada rasa suka dan mahu.
Hari esok mungkin segalanya akan berubah dalam sekelip mata.
Hari ini mungkin aku gembira.
Hari esok mungkin aku akan berduka, tiada siapa menduga.
Segalanya yang ada pada diri ini, adalah hak Dia yang satu.
Aku?
Hanya roh.
Bila bila akan di panggil ke sana.
Jadinya, aku serahkan hati ini kepada Dia.
Segalanya Dia yg punya.
.:: Tujuh hari telah berada di dua kosong satu tiga. Dan aku belum menetapkan agenda dan harapan untuk tiga ratus enam puluh lima hari yang akan datang lagi. Yang pasti, aku melihat ada senyuman bahagia di bibir mereka yang aku sayangi di awal tahun ini. Semoga senyuman itu sentiasa mekar di wajah mereka. Amin. Dan aku? Masih berteka teki dengan hati sendiri. Moga Dia membantu.Amin.::.
![]() |
| Sengihan awal tahun. OYeah! cdt to budak comey yg mengedit gambar ini. |


No comments:
Post a Comment