Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Wednesday, December 26, 2012

Masih ingatkah kamu, aku pernah berjanji. Telefon yg itu takkan aku cari ganti selagi  hatiku masih punya namamu? Selagi d hati tiada pengganti? Kerana di ketika itu kita tahu dan pasti, yang kita memang x mungkin bersatu di dunia ini.

Aku berpegang pada janjiku. Masih. Sehingga setahun berlalu. Aku ingat segalanya lagi. Di ketika itu. Bilamana mata sembab dan tidak mampu menghentikan air yg membasahi bantal tidurku pd malam itu. Itu sudah lebih setahun berlalu.

Terlalu sukar utk merawat segalanya.

Mereka mentertawakan aku. Telefon yang itu terlalu amat nazak buatku. Satu persatu terburai darinya. Sejajar dgn apa yg ada di hatiku.

Pasrah dan redha menjadi satu. Dan kini, aku buka lembaran baru.

Telefon yg itu telah berganti. Tapi masih, jenama yg sama. Seolah Allah memakbulkan kata kataku dahulu. Ya, kamu faham bukan? Telefon yg itu telah berganti baru walaupun aku tetap memilih jenama yg sama. Takdir mungkin. Aku harus teruskan apa yg ada d depan mata.

Walau siapa pun kamu, benarkah kewujudan kamu, kisah kisahmu, di mana saja kamu berada, ketahuilah bahawa aku bersyukur pernah mengenalimu. Terima kasih. Aku terlalu amat letih untuk lakonan sandiwara yg kamu ciptakan itu. Terima kasih.

Dan untuk kesekian kalinya, semoga kamu masih berada di jalan yg benar.
Amin. Untuk kamu, AMIN.


1 comment:

Anonymous said...

kau je yang bangang sebenarnya, udah2 la bersandiwara.

Related Posts with Thumbnails