Boleh menangis bila membayangkan seseorang yg di buang keluarga.
Boleh menangis bila memandang sesorang yang berada di rumah kebajikan.
Boleh menangis bila membayangkan saat saat kesedihan seseorang yg sedang berperang dengan kesakitan seorang diri di katil hospital.
Boleh menangis jika seseorang itu hilang semangat dan di caci oleh orang sekeliling.
Kerana di sebalik tangisan itu, terselit sebuah kesyukuran, dan doa yg panjang.
Kerana yg memegang hati itu adalah Dia.
[Baru sudah menonton sebuah rancangan tivi swasta, berkenaan banduan di negara luar; di ambil bekerja di sebuah restoran terkenal. Masing2 punya kisah hitam sendiri. Dan mereka, mahu berubah untuk yg tersayang. Semua yg di atas, kebanyakannya adalah ciri ciri mereka yang membuatkan mata aku basah bila cuba meletakkan diri di dalam kasut mereka. Semoga mereka di beri hidayah,amin.]

No comments:
Post a Comment