Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.
Thursday, October 4, 2012
.Masa depan itu rahsia.
"Carilah bf"
"Kau tak cari calon ke?"
"Kau tu yang tak berani. Dah umur camni, kenalah berani."
Hati itu, milik Allah.
Bukan aku yang memegang hati seseorang.
Walau aku cuba sedaya manapun, kalau bukan kehendak Dia untuk membuka hati si dia menerimaku, itu bukan dayaku.
Kau kata aku tak mencuba?
Takkan aku nak memaksa dalam usaha tersebut?
Takkan harus aku ceritakan semua, bagaimana usaha yang aku buat?
Andai ada tanda positif, mungkin boleh aku gembirakan, aku kongsikan.
Belum pernah hati aku rasa macamni.
Terasa giler bila di asak persoalan yang sama bertubi tubi.
Ada ke manusia yang x mahu kawen? Kalau pun ada, mungkin satu dalam sejuta.
Dan aku bukanlah yang satu itu.
Ada orang, rezekinya kawen muda.
Tapi rezeki untuk mendapat anak, x kunjung tiba.
Sapa yang tahu?
Ada orang, kawen dan terus mendapat anak.
Tapi itulah saja rezeki mereka.
Sapa tahu?
Ada orang, kawen di usia lanjut,
Tapi rezeki anak mereka berjujuk jujuk.
Siapa tahu?
Ada orang, awal kawennya bahagia,
Tapi di tengah laut, badai melanda,
Siapa yang tahu?
Bersabarlah hati.
Masa depan itu rahsia Allah.
**cepatlaa buka pose, nak makan chocotop! T_T
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
"Masa depan itu rahsia Allah"
:)
keep calm and makan chocotop!
omnomononomom....
sedap tau, makan chocotop sensorg.
tsk tsk!
Post a Comment