Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Thursday, September 6, 2012


Kalau aku sampan,
kau lah dayungnya.
Kalau aku tampan,
Kau lah mak andamnya.

Kalau aku nangis,
kau bawa tisunya.
Kalau aku bengis,
kau datang bikin kelakar tentangnya.

Seperti seorang kakak
yang dikurniakan Tuhan dari sorganya.
Jadi pelindung
setiap kali piano menimpa kepala,
setiap kali matahari terik bercahaya.

Untuk hampir semua benda yang melanda,
kau pasti ada penawar segala.
Terima kasih Mar,
selamat ulang tahun kelahiran yang terlewat! — at Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.

============================

Terima kasih wahai adik budak kepala besar! (:

No comments:

Related Posts with Thumbnails