Aku memang tak pandai bagi advice.Dan ayat aku acap kali cliche.Maaf kawan, andai advice aku kerapkali berunsur ceramah free. Yang mungkin ko muak kerana sudah kerap kali di dengari. lali.
Maaf, andai ayat aku bukan menenangkan, malah menambah beban - bilamana suggestion aku pasti akan pulang kepada akar umbi kita - solat dan doa.
Ya, solat dan doa. Itu saja yang pasti aku tekankan bila masalah datang bertubi tubi. Hadapi, itu yg pasti. Namun untuk ketenangan, pulanglah semula kepada fitrah manusia yg hidup di muka bumi.Bacalah, fahami, dan yakini kitab pegangan itu.
Usah di cari salah siapa. Renung semula diri kita. Lihat sudut salah kita. Jangan di cari salah orang lain. Kerana apa? kerana kita tak mungkin boleh mengubah diri orang. Tapi kita mampu mengubah diri kita, asalkan ada 'mahu'.
Lihat? Again, aku berceramah free di sini. heh!
Ini adalah aku. Aku akan katakan benda yg sama terhadap diri sendiri dan lakukan apa yg aku katakan bilamana masalah datang berdentum dentum di depan mata.
*senyum*
Maaf kawan. Aku tak reti. Ambillah telinga ini. Rebahlah di bahuku. Tapi untuk menasihati, aku x reti. Kerana kau hanya akan mendengar leteran yg cliche drp aku.haha maaf sekali lagi. pengalaman diri sangat mengajar aku berpegang kepada Dia. Banyak nikmat yg di anugerahkan yang tak mungkin aku dustakan, bilamana ianya adalah daripada Sang Pencipta. Perkara yang mungkin di anggap magis, pernah berlaku terhadap aku, dan menebalkan lagi kepercayaan dan keyakinan aku terhadapNya. Jadi, hanya itulah yg mampu aku katakan, benda yg sama, berulang kali. Mengadulah kepada Yang Maha Esa. sepenuh hati dengan yakin dan percaya. InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment