Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Monday, July 16, 2012

Health screening result shows that i am overly stress. 90++ over 100. 100 adalah tahap  maksimum stress.

owh my, akhirnya, ada juga benda yang boleh detect tahap tekanan dalam diri.

dan aku, tidak terkejut dengan result yang aku akui kebenarannya itu.

"Wah, aku ingat aku dah stress teruk, rupanya ko lagi teruk stress drp aku ek?" - fren.

*senyum*

zahirnya aku di lihat tersenyum, tapi... dalaman, hanya Allah yang tahu.

stress dengan kerja yang agak menekan dan di tambah dengan masalah peribadi yang tidak terucap kepada mana mana manusia. diam dan bungkam. adakah ia akan memakan diri? entah.

belajar daripada kesilapan. jangan percaya kepada sesiapa. diam!

dan hanya kepada Dia aku berserah. aku mengadu.

jangan risau, setiap kesusahan akan ada kebaikan. setiap kesusahan akan ada kemudahan.

=======================================

Tahap kesihatan kebanyakan organ dalaman (liver, kidney, etc)  juga tidak seperti yang di harapkan.

Kebanyakannya adalah di tahap lemah.

Doktor sarankan untuk mengambil multivitamin dan kurangkan makanan berminyak.

Adakah multivitamin yang berbentuk cecair? 

Terbayang vitamin vitamin yang biasa di lihat di farmasi farmasi, besarnya, masyaAllah..

*nangis*

- owh, aku belum kahwin lagi! perlu sihatkan diri agar sekurang kurangnya ada pewaris diri untuk mensedekahkan hadiah untuk aku di sana nanti. ini adalah keperluan. ye, keperluan! *tumbuk tumbuk dada, seru semangat!




8 comments:

aida said...

mar... nampaknya mar kena banyak makan makanan sihat. yang kurang minyak, garam, gula. lepas tu mar kena banyakkan bersenam ni. (rasanya lah). aida pun risau juga kebelakangan ni banyak sakit. rasa macam tua. emm. btw, mar buat med check-ups kat mana? teringin nak buat.

~* chirpy_chummy *~ said...

itulah. mar x rasa sakit tu. tp stress tu mmg betul pn. haha benda benda cani (sakit organ dalam) ni, kita lambat nk rasa. Alhamdulillah, buat med check up. mar buat kt sunway, Life Well. kampeni tu mmg buat health screening je. mar beli kupon, dpt arga murah. bese beratus2 harganya, tp yg ni rm89 je mar beli.

haih...nampak fizikal sihat, dalam ni..mak aih..takot! huuu~ yok, belajar makan ubat bijik! weekkk! :p

aida said...

orang kata lah kan (based on majority), ubat biji ni bukan baik sangat. even kalau kita ambil supplement, tapi kita masih kena makan makanan sihat. sebab yang penting makanan tu. contoh la kan. kita beli makanan dari sumber organik. then beli raw material, bukan jenis frozen and processed food. mar nak tau, aida ada sepupu, baru 13, dah kena gout. sebab dia selalu makan benda frozen. kesian kat dia kan..

tu la.kalau nak buat med check up full memang mahal. tu yang tanya tu. hehe. yang buat kat hospital biasa selalunya macam tak ikhlas je. :P

~* chirpy_chummy *~ said...

aida check dlm goupon atau mydeal. dorg slalu ada buat promotion. mar slalu gak terjebak beli dlm promotion dorg. tp berbaloi. ^_^

tu la..tp apa pun, kena prevent. time masih sihat dan boleh d bendung ni, kena hati2. skang ni pn, doc tu ckp mcm2 dah.. rasa mcm dah nk mati je..huhu takot! kena paksa diri mkn multivitamin. =..=

Anonymous said...

tabah dan sabar dengan dugaan....insyaAllah akan datang kebahagiaan... :)

~* chirpy_chummy *~ said...

insyaAllah.. terima kasih atas peringatan :)

una berry said...

jaga kesihatan mar.ramai lagi orang yang kisah tau :)

~* chirpy_chummy *~ said...

insyaallah, sedang belajar dan cuba utk makan ubat ubat berbentuk pil/biji ni.. huhu tengs una ^_^

p/s: rindu una. nk jmp hamna sekali. nanti buke sesama, yok? ajak Z skali.

Related Posts with Thumbnails