"Hello, Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam. Eh, kenapa tak tidur lagi? Malam-malam ni call, nurse tak marah ke?"
"Tak, takpe. Sorok-sorok. Nanti kalau nurse datang, Adam letak tetiba tu, faham-faham la ye."
"Ya Allah, tak pe ke ni? Adam tak sihat.."
"Tak pe. Nak dengar suara Hawa."
Hawa terdiam. Dia pun merindui suara Adam sebenarnya. Dari tadi dia cuba melelapkan mata, tapi fikiran melayang ke sebelah sana.
"Hawa.."
"Ye"
"Happy birthday Hawa. Semoga panjang umur, murah rezeki dan di beri kesihatan yang baik."
Hawa tergamam. Tiada kata yang terucap. Hanya senyuman panjang yang terukir.
Sesaat.
Dua saat.
Tiga saat.
"Hawa?"
"Ye, ye. Hawa ada ni. Ya Allah, Adam ingat birthday Hawa?"
"Mestilah. Adam saja call tengah malam ni, sebab teringat harijadi Hawa"
Tiada kata yang mampu terucap dek kata-kata. Hawa terasa sangat gembira dan terharu. Sangat. Air mata menitis tanpa Adam tahu. Tanpa sesiapa tahu.
"Terima kasih, Adam. Hawa tak sangka Adam ingat birthday Hawa. Hawa rasa, sekali je pernah Hawa katakan kat Adam, bila tarikh harijadi Hawa, kan? Itu pun di awal perkenalan kita. Time yang sangat awkward ketika tu." Senyum lagi.
"Mestilah Adam ingat. Segalanya tentang Hawa, Adam ingat"
Hawa tak henti senyum. Air mata mengalir laju. Terharu dan terasa seperti mahu melompat gembira.
"Huk huk huk"
Makin lama, makin kuat bunyinya di hujung sana. Senyum Hawa bertukar warna.
"Adam, Adam ok ke? takpe lah. Adam rehat, ye?"
"Tak pe, tak pe. Adam nak dengar suara Hawa lagi."
"Adam.."
"Hawa.. boleh tak Hawa tolong bacakan Yassin untuk Adam?"
Segera Hawa bangkit dari baring. Mencari-cari sesuatu. Ah, Hawa berada di rumah kakaknya. Kebiasaannya, Hawa akan bawa sebuah Al-Quran bersama, ke mana-mana. Tapi entah kenapa, kali ni, dia tertinggal Quran kesayangannya itu.
"Boleh, kejap ye Adam. Hawa lupa bawa Quran ke rumah kak chik harini. Hawa tak pasti kat mana Kak Chik taruk Surah Yassin. Jap ye. Jap."
"Huk huk huk.. Hawa..., kalau tak jumpa...., tak pe. Huk huk huk"
Makin kuat bunyi batuk di sebelah sana. Hawa risau. Sangat risau. Tergocoh-gocoh Hawa berlari dan membuka laci di bilik solat.
"Alhamdulillah. Hawa dah jumpa! Adam?"
"Huk huk huk..ye... Hawa.." terdengar amat susah untuk Adam mengeluarkan suaranya.
"Adam dengar ye? Hawa bacakan untuk Adam. Dengar ye? Kalau Adam ingat, kita baca sama-sama, ok?"
"Ok."
"A'uzubillah....."
Sambil baca, air mata galak turun dari birai mata Hawa. Dia amat mengharapkan, keajaiban berlaku. Dia berdoa tanpa henti di sepanjang pembacaannya. Sesekali, teresak-esak dalam bacaannya. Adam masih mendengar di hujung sana. Hampir tiba di hujung ayat, talian terputus. Hati Hawa amat berdebar-debar. Risau. Risau yang amat. Hawa teruskan saja bacaannya sampai habis.
"Sodakallah, hul'azim.."
Telefon berbunyi lagi. Adam!
"Adam?"
"Hawa..sorry, nurse lalu tadi. Adam terpaksa letak."
"Eh, tak pe, tak pe. Hawa dah habiskan bacaan tadi. Hawa harap, ia jadi penawar untuk Adam, InsyaAllah.
"Terima kasih Hawa. Huk huk huk Adam tak tahu nak mintak tolong sapa tolong bacakan."
"Takpe, Adam. Hawa kan ada? Adam, Adam tidurlah ye. Dah lewat ni. Kang nurse datang lagi, kena marah pulak."
"Ok, Hawa tidur sekali,ye? Esok nak sahur pulak, kn?"
"A'ah. Ok, kita tidur ye? Terima kasih Adam. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih. Hawa tak tahu nak kata apa dah."
Senyum. Senyuman itu berterusan hingga mereka lelap di lamun mimpi. Senyum yang amat indah sekali. Senyum yang tak akan hilang dari fikiran.
23 Ogos 2009, 3 Ramadhan 1430.

8 comments:
siapa adam? siapa hawa? tacing ah baca ni...
siapa? err..rekaan semata kot?
mar,
kau tahu cerita adam dan hawa yg kau tulis ni adalah kisah peribadi yg kita pernah lalui and it meant to be kept between us only.
hentikan menjaja kisah peribadi kita!
aku x tau.
kita kenal ke?
stop pretending dan jgn hipokrit
Mar, aku harap kau turunkan entri ni jika ia adalah kisah peribadi yang sangat obvious dan tidak dipersetujui oleh orang di dalam kisah di atas untuk dibacakan pada orang lainnya. Kalau nak terbitkan juga, biarlah blog private mahupun di satu tempat yang tak terbaca. Please do have a little respect kalau orang yang terlibat tak nak kisah ini dikisahkan.
Post a Comment