Aku pembunuh.
Dah bunuh 99org.
Berhakkah aku di maafkan?
Aku mahu di maafi.
Aku perlukan tempat untuk ketenangan.
Di manakah ia?
"Maaf, kau terlalu teruk. tidak mungkin kau akan di maafkan. kau mmg dah x punya harapan"
Aku dah bunuh 100org.
Berhakkah aku di maafkan?
Aku mahu di maafi.
Aku perlukan tempat untuk ketenangan.
Di manakah ia?
"Kau masih berpeluang. pintu untukmu masih terbuka. pergilah kau ke tempat yg di penuhi dgn orang-orang yg *wangi. janganlah kau pulang ke negerimu yg penuh dgn mereka2 yg *busuk."
Ah, ada sinar bahagia di sana! Aku teruja! Langkahku di hayun dgn tak sabar2.
Sakaratul maut - menjemputku sebelum aku tiba di tempat di tuju. Adakah aku masih ada harapan? Adakah aku akan di maafkan? Di manakah ketenangan?
Aku tiada secalit kebaikanpun yg pernah di lakukan di dunia sana. Yang aku tahu, aku mahukan kemaafan. Walau siapapun, apapun mengganggapku macam-macam, namun, aku redha. Aku hanya mencari redha Dia.
Sesungguhnya, aku tenang setelah itu. Aku tersenyum. Aku di maafkan. Aku bahagia. Di sini. Di tempat baru.
Adakah ini di panggil taubat? Sesungguhnya, janji Dia amatlah benar. Dialah Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.
Dia, Allah Tuhanku yg Satu. *senyum*
*wangi(baca:beriman)
*busuk(baca:yg teruk)
.: ini adalah cerita yg di ceritakn oleh seorang ustaz di opis siang td. aku lupa dr mana cerita ini dtg (ye,aku terlelap sebenarnya.haha ). tapi smua ayat di atas adalah ayat olahan aku terhadap kisah cerita yg sebenar. maaf sekiranya ada kesilapan.
.::boleh baca lg di sini dan sini
[+] memandang diri. aku jahat. aku banyak buat dosa. aku banyak buat salah. aku banyak buat org sedih. T^T

No comments:
Post a Comment