Sudah lama tak bertemu dengan seorang kawan.
Hujung minggu yang lalu, sebagai memenuhi jemputan kahwin seorang rakan, di gigihkan juga kaki ke utara semenanjung.
Kawan itu, sangat ketara perubahannya.
Semakin pendiam jadinya.
Semakin kurus badannya.
Aku tersenyum memandang, tak perlu di tanya.
Aku dapat teka kenapa.
Perempuan, mudah untuk di telah, bilamana badan menjadi kurus tiba-tiba - secara drastik.
Dan ya, telahan aku benar.
Kerana lelaki itu, dia menangis.
Kerana lelaki itu, makanannya pahit.
Kerana lelaki itu, tidurnya terganggu.
Kerana lelaki itu, senyumnya tawar.
Kerana lelaki itu, tawanya terpaksa.
Perlukah di tanya lagi?
Hilang 20kg bukan masalah, bila itu semua terjadi.
Aku memandang diri, heh! baru -5kg (:
Orang tanya rahsia apa, jawab saja - "makan hati sedap"

4 comments:
makan hati berulam jantung
lagi sedap!
hehe
oyeahh~
sedap ke jantung? xpenah try.
kikiki.
sygnyer aku hny mampu tuwon 3kg ^_^
see? still turun kan? hebak hebak!
proud to ourself! no need to excercise bagai. :p
Post a Comment