Bila bercakap tentang matahari, aku akan teringatkan cahayanya. Cahaya yang menyuluh seanterio dunia. Matahari, punya cahaya yg terang. Di ciptakan matahari untuk menyuluhi manusia di segenap ruang. Cahaya itu amat tulus sifatnya. Terus menerus laju dan bergerak lurus ke semua arah.
Kenapa harus di salahkan cahaya, bila kita yg cuba berselindung di sebalik sesuatu? Siapa yg menghalang cahaya itu untuk sampai kepada kita sedangkan cahaya itu sifatnye lurus dan telus?
Kita, punya kudrat dan tenaga. Akal dan minda. Jangan di salahkan cahaya itu sekiranya ia tidak sampai kepada kita. Cuba lihat sekeliling. Di mana asal terlindungnya cahaya itu? Ah, mata kita yang malas untuk membuka, kenapa perlu di salahkan cahaya? Buka matamu. Lihatlah dunia. Tolonglah, jangan malas untuk membuka mata. Gunakan tenaga yang ada. Kerahlah otak untuk menggerakkan kelopak mata itu.
Masih mahu salahkan cahaya? Ambillah senapang, tembaklah matahari. Cuba. Tembak tinggi-tinggi.
.

No comments:
Post a Comment