Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Wednesday, November 16, 2011

Lukisan

Pada suatu ketika dulu, ade seorang budak yang suka mengusung ke mana sahaja buku sketch yg di sukainya. dia sangat suka menggambarkan apa yg di lihatnya setiap hari - sesuatu yg bermakna, menarik dan perlu utk di ingati.

Budak tersebut sangat gemar berkawan dan berjalan-jalan sekitar bandar. Setiap orang yg melaluinya, pasti akan di berikan senyuman. Dia berjalan dan berjalan. Sehingga dia tiba di satu taman.

Ye, taman tersebut di penuhi dgn manusia yg berbagai jenis. Masing2 punya karakter tersendiri. Semuanya di lakarkan di dalam buku sketch tersebut. Tersenyum di bibir tatkala melukiskan segalanya. Ketika sdg khayal dgn lukisan di tangan, dia di sapa dgn x semena-mena oleh seseorang. Di tunjukkan segala lukisan yg terkandung di dalam buku itu, utk berkongsi segala bersama kenalan baru. Selama ini, buku itu hanya di lihat sekali lalu oleh orang yg lalu lalang. Namun, utk kali ini, teman baru itu seolah bersungguh-sungguh. Menaikkan semangat si budak yg suka melukis itu.

Makin hari, makin rapat.Si budak tidak lagi hanya melukis dan tersenyum sendirian. Dia kini punya seorang teman baru. Mereka bersahabat. Teman juga punya keistimewaan. Ah, dia punya sesuatu yg amat berlainan drp si budak. Segalanya berbeza. Dan atas perbezaan inilah, mereka menjadi semakin rapat dan rapat.

Si budak lupa pada buku sketch yg pernah menjadi teman hariannya suatu ketika. Teman baru pernah bertanya kepada dia tentang itu. Namun, buku tersebut bukanlah pilihan bilamana dia sudah punyai seorang teman yg dpt berkongsi senyum tangisnya. Tidak perlu lagi dia melukis di atas kertas kosong itu. Lukisannya hanya terus di kongsi bersama teman. Tak perlu lagi utk mereka yg lain.

Si budak lupa. Teman itu hanyalah manusia. Yang mungkin akan pergi meneruskan hidupnya bila-bila. Dia terlalu asyik dgn persahabatan yg baru di bina. Meninggalkan helaian kosong itu tak berusik, berhabuk.

Kini, si budak terhantuk. Temannya telah berlalu meneruskan kehidupan. Segala lukisan hidup di bawa bersama teman itu. Buku sketch yg lama di ambil smula. Di tiupkan segala habuk yg berkumpul di atasnya. Lalu kini, buku itu sedang di conteng smula. Dengan lukisan kehidupan yg tak bernama.

No comments:

Related Posts with Thumbnails