Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Friday, April 29, 2011

Doa

Sejahtera ke atas kamu dan kamu juga. hi! :)

Owho, aku d kejutkan oleh panggilan telefon drp ma cyg ketika beradu awal mlm ni. Terus di suruh buka tv yg ade no 9. Di suruhnya catit doa yg akan di berikan. Baiklah, anakmu ini menurut perintah wahai ibuku syg.. ^_^

Doa-doa untuk di permudahkan bertemu jodoh.. XD

Surah Yusuf Ayat 4:


maksudnya : (Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Surah Al-Anbiya' Ayat 89:
maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

Surah Toha Ayat 39:
maksudnya : "Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya" dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

*ade sumber yg d baca, katanya bc yg ni je..wallahua'lam.

"Wa-alqayka 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"

Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)


Amalkan selalu utk di permudahkan bertemu jodoh, jika di izin Allah. Wallahua'alam.

*teehee.. nampak sangat ma cyg sudah mula risau akan umurku. ;p

cdt

2 comments:

cEro said...

bagusnya...
kena amalkan selalu ni..
(sambil keluarkan buku nota dan salin doa..)

~* chirpy_chummy *~ said...

teehee..

bagus2..

contohilah anak murid ini ye..

(sambil tgok buku nota)
*hrmm..tulisan x cantik ni..xleh kasi A*

Related Posts with Thumbnails