Da baca blom sokabar harini? Dah? Bagus.. ade tak antara korang yg baca Harian Metro?
ok, kalau xde, meh cni aku nk share..
---------------
Kelahiran bayi tidak sah taraf pada tahap kronik
KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.
Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.
Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.
“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.
“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.
Pada majlis itu, lima orang menerima sijil warganegara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.

--------
*geleng-geleng kepala*
astaghfirullah.. tu laaa.. orang suruh pakai hukum dalam Al-Quran tak mo.. konon tak sezaman la ape.. sekarang, ape nak jadi? LU PIKIR LA SENIRIK!
"Ya Allah, Kau lindungilah seluruh keturunanku, ahli keluargaku, sahabat handai dan kenalanku daripada segala kemaksiatan di dunia ini, Ya Allah..Tingkatkanlah keimanan kami, Ya Allah..amin,amin Ya Rabb"

4 comments:
bile nafsu menguasai diri...
[menusuk hati] tau xpeee.. hukum Islam elok2 ade, sswei utk smua, tp pakat xmo ikot. yg pelik, muslim snirik yg byk kasi alasan.
[habiel] bila kate syaitonnirojim di turuti, kata Allah d benci. Astaghfirullah..
aku susah nak percaya apa2 jugak dalam harian metro sebab dorang byk tulis benda nak lakukan paper dari fakta sebenar..sad but true kata metallica XD
kalau benar sekalipun, itu cuma kes yg direport, yg tak report??wahaha
[cokobot] so, kamu bc paper ape? chummy bc kosmo n metro..pastu baca blog org ramai.hehe
tu laa..itu hanya yg d repot. yg x report? wallahua'alam.
me: risau bila memikirkan future. risau memikirkan keturunan sendiri d masa depan. smoga Allah melindungi,amin.
Post a Comment