Assalammualaikum..hye :)
senyum x harini? senyum? baguss... sedekah senyum itulah yg paling mudah ^__^
urm..aku br je selesai berbloghopping.. not blowalking.. sbb aku suke hop hop hop.. hihi sbb bg aku, blogwalking lebih sswei utk mereka yg suke terjah sambil promot link blog mereka. rather than bloghopping, aku juz bc2, then blah.
ok, time aku 'melompat2' td, aku s usual akn stuck kt blog2 yg aku mmg wajib pergi, even sbg silent reader. yep, i got a list of blogsss yg i follow dlm diam. xperlu visiblekan diri, unless hati x tahan nk komen, ade gak sekali dua aku bom. hee~
blogger - ade yg suke menulis ttg hidup mereka. ade gak yg suke ttg isu semasa. ttg alam dunia mahupun akhirat. smua tu amat menarik hati aku utk meneruskn pembacaan. dlu, aku suke bc kisah2 cintan cintun yg indah, dgn harapan, aku pn berharap kejadian begitu wujud dlm hidup ni..(HAHAHAHA)
tp itu dulu. smp la, ade seorang yg aku anggap abg memberikan pendapatnya..yg membuatkan aku terfikir. n yep, skang pn aku jd x berapa nk suke plak bc kisah2 cinta yg terlalu cantik ni.tau kenapa? sbb aku xmo menjadi jeles kpd tuan punya cerita, sekaligus seolah2 x bersyukur dgn kehidupan aku snirik. slalu gak tercetus d hati : "beshnyee kisah dia..nape x pernah pn aku camtu?".. see, itu lah antara perkara yg sgt x elok d katakan, atau terbit d hati. seolah2 menyesali perjalanan hidup ni. yg tlh d tentukan qada' dan qadar sejak d dlm rahim lg.*sigh*
manusia.. selalu sgt mudah cemburu. cemburu plak kadang membabi buta. dgn org yg x kenal pn bley cemburu..haha mcm yg aku bc blog td la.. tetiba wujud cemburu.jeles laa..dia dapat itu ini. aiyooo.. xpasal kn? kalu jeles yg blh buat aku berusaha utk mendapatkan ape yg d ingini ok gak. tp ni jeles, sbb jalan hidup org tu camtu..cam besshhh je..:p haaa..yg ni yg patut d elakkan. patutnye aku perlu lebih bersyukur, sbb jalan hidup aku begini. Allah dah tentukan. so, no worries. Allah xkan bt bnd yg x elok kt kita. Dia sentiasa Pencipta yg terbaik. jd, jln yg d create utk aku gak adalah yg terbaik,right? yeaaahhh.. (:

2 comments:
Tapi dalam hal selalu sangat juga membaca cerita dan kisah-kisah yang tragis(terlebihnya kepada pengalaman buruk"zaman hitam" seseorang pula) boleh membuatkan kita menjadi seorang yang merasa diri bes dan membelagakkan diri.
Dengan merasakan, "aku nih kira jauh baiknyer dari dia nih".
Hah!!! kok bahaya juga deh?
Aduss...habis aperlah yang kita perlu buat ni sebenarnya yerk?
Usah membaca gamaknyer...? Kita pakat nengok gambar jerk? Nengok gambar katak, gambar beruk, gambar kucing. Hisk, cukupkah untuk santapan rohaninyer tu? dengan sekadar itu?
Tidaklah,..apa pun yang kita buat. Selalu saja ingat kepada Allah. Dan berfikiran positif. Serta jangan mencampurkan telur yang sudah direbus kedalam mee goreng anda..(aik? ...kemana la pulak aku nih).
Semula..
Setiap hal, perlu positif, jika membaca atau melihat kisah perjalanan hidup yang indah. Maka jadikan peransang kepada diri sendiri. Kat mana lainnya amalan hidup mereka itu dari kita, sehingga mereka menikmati kehidupan yang sangat bahagia. Supaya kita bisa usahakan kearah itu juga.
Bukan membiarkan diri kita tertipu dengan merasa cemburu atau lebih merugikan. Bila kita merasakan kita ini tidak seberuntung dia. Hidup dia sangat gembira, sedang kita tidak. Hidup mereka sangat tenag, sedang kita sangat kacau-bilau. Bukankah lebih baik jika kita memikirkan penyebabnya? Tentu ada yang lebih baik dalam hidup mereka yang kita perkira beruntung itu tadi, sehingga Allah melebihkan mereka.
“Tidak ada yang membezakan seorang hamba itu dengan seorang yang lain disisi Tuhannya, melainkan ketakwaan.”
Adakah itu yang menjadikan mereka lebih beruntung dalam kehidupan mereka? Maka, mari kita kerjakan dengan lebih baik daripada mereka.
Sebenarnya bahan bacaan sedemikian juga bukanlah seluruhnya buruk. Malah ianya juga baik, jika kita mengertikan kebaikan tersebut. Pendeknya boleh juga menjadi penjana semangat yang lebih produktif(hamboii ayat…bapok skema)
Dan kalau pulak membaca tulisan kisah yang buruk, sejarah hitam seseorang. Zaman-zaman jahiliahnya, yang ditulis dalam corak yang salah. Maksudnya seolah-olah kemaksiatan yang pernah dilakukan mereka itu sebagai sesuatu yang cool.
Atau saja mereka menyesali perbuatan mereka yg buruk , tetapi meriwayatkannya dengan riwayat yang terlalu berlebihan. Sehingga orang yang membacanya merasakan pengalaman buruk(maksiat) tersebut satu perkara yang cool juga.
Ini juga bahaya..boleh menyebabkan kita ingin mencuba. Atau jika saja kita membencinya, awas…jangan sampai kita merasakan diri kita berada didalam situasi yang selesa kerana tidak pernah melakukan perbuatan jahat tersebut.
Atau lebih bahaya merasakan diri lebih baik dan mulia. Dan sesungguhnya itu tergelincir kepada riak, sedangkan riak itu adalah syirik disisi Allah.
Hah sudah…tak boleh jugak bahan bacaan yang sebegini?
Bukan tidak boleh, tetapi persiapkan diri dengan kecermatan yang tinggi. Halus didalam membuat setiap kesimpulan, dan tarbiah hati supaya menjadi seorang yang meletakkan kesederhanaan itu satu kemuliaan. Justeru akan membuatkan kita menjadi lebih bersyukur dengan kesederhanaan yang kita miliki.
Juga tarbiah hati untuk menjadikan kisah-kisah buruk itu sebagai pendorong yang lebih kuat bagi membentuk diri yang bebas mungkar, dan hati yang bersih dari kecenderungan kearahnya.
Letakkan diri kita seorang yang sangat beruntung kerana dipelihara Allah dari perbuatan-perbuatan tersebut. Lantas menjadikan kita seorang hamba yang lebih berterima kasih kepada Tuhannya. Serta menjadikan kita seorang yang lebih bertakwa.
insyaAllah. Semoga Allah mengurniakan ketenangan dan kesabaran kedalam hati-hati setiap hambanya. Amin.
timer kasih abg.. :) pnjang komen, tp amat bermakna.. yep, mmg btol ape yg abg kate tu.. n yg tu gak yg d fikirkan, tp nk tulis pjg berjelar camtu susah, x terkeluar..hehe
tp kaann..tu laa..slalu je bc kisah2 menarik tu,tetibaaa je terjeles..haha
Post a Comment